A.B.SERIES – APPLE STEM CELL SERUM
PRODUK TERBARU AVAIL YANG DIRUMUS KHAS DARI SWITZERLAND
YANG SEMULA JADI, BERKESAN DAN SELAMAT UNTUK KULIT ANDA
Penampilan diri dan kecantikan sangat penting bagi wanita dan lelaki. Peringkat umur yang mengundang
masalah ton kulit tidak sekata, kusam, tompok hitam, lingkaran gelap, kedutan dan sebagainya turut ternyata
pada kulit. Justeru, lahirlah kaedah pencerahan seperti suntikan, laser, terapi drug, pemutihan dan barisan
penjagaan kulit terbaru untuk memenangi hati para wanita. Secara purata, wanita memakai sebanyak 515 jenis
bahan kimia pada kulit setiap hari. Kebanyakan kosmetik kegemaran kita mengandungi bahan kimia
berbahaya seperti pengawet (parabens), pewarna, bahan wangi, yang boleh menjejaskan kesihatan kita dan
menyebabkan kesan penuaan pra-matang.
A.B.Series, jenama kecantikan dari Avail yang mementingkan keperluan kulit
wanita. Kini membawakan satu definisi baru dalam keserian yang membolehkan
wanita mendapatkan kulit yang diidamkan. “Apple Stem Cell Serum” yang
dirumus khas dari Switzerland, berdasarkan ekstrak epal jenis Uttwiler Spatläuber
yang menggunakan teknologi perintisan liposome. Tambahan lagi, gabungan
eksklusif bahan-bahan botani yang membantu memudarkan pigmentasi, tompok
hitam, perubahan warna kulit, mengekalkan kelembapan serta menangani iritasi
menerusi tiga lapisan permukaan kulit.
PhytoCellTecTM Malus Domestica (Sel Stem Epal Swiss)
Inspirasinya dari tempoh penyimpanan epal swiss yang hebat luar biasa. Para Saintis yang diketuai oleh Dr. Fred Zulli menemui teknologi evolusi - PhytoCellTecTM ini kepada kulit anda dan membantu menentang kronologi penuaan kulit anda. Dengan kandungan fitonutrien, protein dan sel-sel yang panjang hayat dalam epal, ia berkesan untuk memperbaiki, memperbaharui dan membina sel-sel kulit yang baru. Dalam masa 28 hari,kulit kelihatan lebih anjal, licin dan berseri.
Peptida Sutera (Protein Sutera)
Simbol kekilauan dan kehalusan, sutera sememangnya melambangkan prestij dan status social yang tinggi. Peptida sutera membantu melembap dan menyuburkan kulit secara semula jadi dengan merangsang pembentukan kolagen dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Ekstrak Aloe Vera
Sebagai anti-radang dan anti-bakteria. Mengurangkan kesan radang disebabkan pancaran matahari dan merawat kesan terbakar. Ia juga boleh menghalang dan memperlahankan pertumbuhan bakteria dan mengawal pertumbuhan jerawat.
Allantoin, Sodium PCA dan Asid Hyaluronic
Agen pelembap. Mengunci kelembapan kulit, mengekalkan keanjalan dan mempercepatkan pemulihan kulit.
Dalam tempoh 28 hari
7 hari – Pengelupasan
7 hari – Pemulihan
7 hari – Pembaharuan
7 hari – Pengawalatur
72.9% - KEDUTAN BERKURANGAN
80.6% - KULIT LEBIH LEMBAB
94.1% - KULIT LEBIH TEGANG